Latifah Omar merupakan seniwati filem Melayu hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik Singapura ketika itu. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu. Sebelum tahunnya berakhir, beliau telah menghadirkan diri untuk pertandingan ratu cantik Singapura edisi 1954 dengan memberi mahkota kepada pemenang baru ketika itu iaitu MARJORIE WEE. Selepas itu, beliau telah memilih untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.
Filem Panggilan Pulau (Julai 1954) merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar. Pada masa itu beliau baru sahaja berusia 16 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Yusof Latif, A. Rahim, Saleh Kamil, S. Samsudin, Siti Tanjung Perak, Omar Rojik, S. Kandarisman dan kemunculan pertama di layar perak Ibrahim Pendek.
Selepas itu beliau berlakon dalam filem Merana (November 1954). Beliau sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad antaranya seperti dalamfilem Gurindam Jiwa, filem Lanchang Kuning dan filem Cucu Datuk Merah
No comments:
Post a Comment